Satelit 3B baru MEASAT dilancar 29 Mei
MEASAT Global Bhd (MEASAT) mengumumkan satelit MEASAT-3b barunya disahkan akan dilancarkan pada 28 Mei French Guiana (29 Mei Kuala Lumpur), di European Spaceport di Kourou, French Guiana.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata satelit itu dibangunkan untuk menyediakan transponder tambahan dikuasakan 48 Ku-Gelombang yang berfungsi untuk meluaskan perkhidmatan Terus-Ke-Rumah dan Terminal Apertur-Sangat-Kecil di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia pada slot orbit 91.5° Timur.
Satelit baru itu akan menambah sekali ganda Ku-gelombang MEASAT pada lokasi orbit ini dan mewujudkan satu daripada lokasi orbit paling berkuasa dan lasak di rantau ini.
"Satelit itu akan dilancarkan di pusat pelancaran Ariane 5 ECA dan diletakan dilokasi sama MEASAT-3 dan MEASAT-3a," kata MEASAT.
MEASAT ialah pembekal utama perkhidmatan komunikasi satelit utama kepada badan penyiaran antarabangsa, platform Terus-Ke-Rumah dan operator telekom.
Syarikat itu memberi perkhidmatan kepada lebih 150 negara di Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia.
- Bernama

