'BN boleh hancurkan Pakatan dengan hudud'
Dengan perselisihan meluas dalam Pakatan Rakyat mengenai isu hudud, seorang lagi pemimpin DAP memberi amaran kepada PAS berhubung bahaya meneruskan cita-cita teokratik.
Memberi amaran supaya PAS tidak jatuh ke dalam perangkap Umno, Teresa Kok berkata, isu hudud kini menjadi senjata yang paling kuat dalam saingan politik mereka.
"Kontroversi hudud telah menyediakan BN dengan senjata terbesar sejak pilihan raya umum lalu untuk menghancurkan Pakatan," kata Ahli Parlimen Seputeh itu.
Tidak menolak kemungkinan blok pembangkang berpecah atas isu ini, Kok berkata ia akan menjadi halangan untuk perjuangan rakyat menjadikan Malaysia lebih baik sekiranya ia terlaksana.
PAS mengumumkan hasratnya untuk membentang dua rang undang-undang persendirian di Parlimen seterusnya menghapuskan halangan di peringkat persekutuan demi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

