Polisi yang lebih adil dan tiada ugutan akan membantu BN memenangi semula sokongan komuniti Cina, kata pemimpin pembangkang Sarawak Chong Chieng Jen.

"Sekiranya Ketua Menteri (Adenan Satem) mahu untuk memenangi hari komuniti Cina menyokong BN, ia bukan melalui ugutan bahawa kaum Cina akan dipinggirkan dalam dasar perancangan negeri.

"Ancaman itu tidak dapat diterima oleh komuniti itu," katanya sewaktu membahas titah ucapan gabenor dalam sidang DUN itu.

ADUN Kota Sentosa itu merujuk kepada amaran Adenan bahawa kaum Cina mesti menyokong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan BN jika mereka mahukan pembangunan.

SUPP, parti kaum Cina dan komponen BN tewas 13 daripada 19 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri dan kalah di semua enam kerusi parlimen yang manjoritinya kaum Cina pada pilihan raya umum 2013.

[Baca berita penuh]