MAS nafi dakwaan layanan 'rakyat kelas kedua'
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan dakwaan pemimpin pembangkang Taiwan bahawa keluarga Chuang Hsiu-Ling didakwa dilayan seperti "rakyat kelas kedua".
Dalam emel jawapan kepada Malaysiakini , jurucakap MAS berkata mereka tidak pernah cuba menghalang sesiapa dari mengambil tindakan undang-undang.
Pemimpin Parti Progresif Demokratik Chao Tien-lin memberitahu agensi berita Taiwan Central News Agency (CNA) bahawa keluarga Chuang menerima surat meminta mereka berhenti menyaman pihak yang bertanggungjawab termasuk kerajaan Malaysia dan Taiwan dan juga bahawa keluarga telah diabaikan.
Chuang Hsiu-ling yang menaiki penerbangan MH370 adalah saudara perempuan pembantu Chao, Chuang Ching-Chiang
"Untuk kes ini, syarikat penerbangan menurut permintaan Chuang Ching-Chiang beberapa kali termasuk penerbangan pergi balik ke antara Kuala Lumpur ke Taipei, Kaohsiung dan Hongkong," kata jurucakap MAS.
Menurutnya jurucakap itu lagi, perkhidmatan jagaan yang diberikan juga melebihi dari yang disyorkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

