MCA Pulau Pinang tidak mengesahkan atau menafikan berhubung laporan akhbar berbahasa Cina yang mendakwa parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Pengerusi MCA Pulau Pinang Chew Mei Fun berkata laporan itu hanya "spekulasi" dan beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai pilihan raya kecil hari ini.

"Terdapat juga spekulasi bahawa Chew Mei Fun akan menjadi calon," katanya berseloroh kepada mereka yang hadir sidang akhbar beliau.

"Saya tidak mengulas isu-isu berkenaan pilihan raya kecil. Harap anda semua bersabar dan tunggu pengumuman," kata beliau.

Diasak supaya beliau menafikan laporan berita akhbar Cina tersebut, Chew yang mengadakan sidang media di pusat khidmat MCA Bukit Gelugor berkata: "Tolong jangan meletakkan sebarang perkataan keluar dari mulut saya."

"(Tunggulah) sehingga kita membuat pengumuman rasmi, laporan akhbar itu adalah spekulasi semata-mata," katanya yang juga naib presiden MCA.

[Baca berita penuh]