Preskripsi ubat di hospital kerajaan untuk pesakit warga asing telah dihadkan selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan pekeliling mengarahkan hospital dan kliniknya berbuat demikian mulai 1 Mac tahun ini.

 

Pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan warga asing yang diberi rawatan pesakit luar, tidak dibenarkan memperolehi ubat dari farmasi hospital selepas lima hari rawatan.

 

Sebaliknya, mereka perlu membeli ubat dari farmasi swasta.

 

Dalam pekeliling itu , Dr Noor Hisham berkata statistik menunjukkan semakin ramai warga asing mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan dengan itu, ia akan membawa kepada peningkatan kos perubatan.

 

Oleh itu, kawalan dalaman diperlukan, kata pekeliling itu lagi.

 

Had lima hari

 

Seorang kakitangan perubatan di hospital kerajaan mengesahkan kesahihan pekeliling tersebut dan berkata farmasinya telah mula melaksanakan arahan berkenaan.

 

Warganegara asing yang dimasukkan ke hospital itu juga akan menerima ubat untuk lima hari selepas keluar, dan selepas itu mereka perlu membeli ubat dari farmasi swasta.

 

Harga ubat di farmasi kerajaan adalah lebih murah daripada di farmasi swasta.

 

Rakyat Malaysia dibenarkan membeli ubat mereka dari farmasi kerajaan untuk beberapa bulan, bergantung kepada keadaan mereka.

 

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula berkata mereka tidak tahu mengetahui pekeliling tersebut.

 

Terdapat lebih satu juga pekerja asing di Malaysia, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

 

[Baca berita penuh]