Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kenaikan harga ke atas bahan keperluan harian selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan melibatkan 10 peratus daripada kesemua barangan.

Menurutnya, hanya 10 peratus dari kira-kira 1,000 barangan yang disenaraikan akan mengalami kenaikan harga.

Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Tambahnya, harga bagi 90 peratus barangan keperluan harian pengguna akan kekal dan diturunkan, katanya dalam sidang media selepas satu forum untuk mempromosi GST hari ini.

Katanya lagi, kehidupan rakyat boleh diteruskan seperti biasa dan tidak akan terjejas langsung dengan GST, yang dijangka akan mengutip RM9 bilion dalam bentuk hasil tambahan untuk kerajaan.

Ahmad seterusnya menyenarakan kedai yang tidak terjejas dengan GST – pasar malam, pasar tani pada hari Rabu dan Jumaat dan juga pasar ikan.

"Makan asas dikecualikan cukai – beras, tepung, gula, garam, dhal. Begitu juga daging – daging lembu, kambing, ayam, itik dan babi – kesemuanya dikecualikan... telur, sayur, makanan laut seperti ikan bilis, ikan masin dan bekalan air isi rumah juga dikecualikan," katanya.

Katanya, kerajaan akan mendedahkan satu panduan kepada pengguna pada Januari depan untuk memaklumkan mengenai harga yang disyorkan bagi kira-kira 1,000 barangan tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 689 barangan telah dikenalpasti manakala yang selebihnya sedang dinilai.

Selain itu, kerajaan juga akn menggunakan undang-undang kawalan harga dan pencatutan untuk menghukum peniaga yang melanggar peraturan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin pula akan mengetuai satu jawatankuasa bersama dengan persatuan pengguna untuk membantu mengawal inflasi, katanya.

Ahmad berkata, harga sesetengah barangan akan dikurangkan dengan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) apabila GST diperkenal.

[Baca berita penuh]

ADS