Peguam: Hudud bersifat revolusi, tapi...
Hudud adalah undang-undang bersifat revolusi kerana buat pertama kalinya ia mewujudkan negara hudud untuk Muslim dan negara common law untuk bukan Muslim.
Pada masa sama, ia juga menyalahi perlembagaan kerana hukumannya secara intipatinya melibatkan undang-undang jenayah yang dibincangkan oleh Parlimen, kata peguam perlembagaan Tommy Thomas.
"Sebarang percubaan untuk memperkenalkan hudud, jika pun ia terhad kepada Muslim oleh mana-mana sidang dewan negeri adalah menyalahi perlembagaan.
"Dari segi intipatinya, hukuman adalah soal tatacara dan undang-undang jenayah, yang datang daripada kecekapan undang-undang Parlimen," kata Tommy dalam rencananya.
Dalam rencana bertajuk "Hudud: Bersifat revolusi tetapi menyalahi Perlembagaan", Tommy turut berhujah bahawa hudud "menjejaskan aturan perlembagaan untuk negara".
"Satu undang-undang yang membuka laluan penting ke dalam kebebasan asasi seperti 'kebebasan peribadi dan nyawa' dalam Perkara 5(1), hak untuk 'dibela sama rata' bawah Perkara 8(1) dan hak 'untuk tidak didiskriminasi' kerana jantina dan agama di bawah Perkara 8(2), dan mewujudkan sistem selari undang-undang hudud untuk satu masyarakat di tengah-tengah masyarakat akan menjejaskan aturan perlembagaan untuk negara," tulisnya lagi.
Beliau turut mempersoalkan tiadanya perbincangan tentang kaedah memotong tangan mereka yang bersalah akan dilaksanakan, dan cara pesalah itu akan dipulihkan semula ke dalam masyarakat.
"Adakah hukuman akan dilaksanakan di tempat awam atau hospital? Apakah penjagaan perubatan yang layak diterimanya sebelum dan selepas dicacatkan?
"Adakah kerajaan akan terus menanggung dirinya dan keluarnya sepanjang hayatnya, selepas mencacatkan dirinya dan menjadikan beliau tidak mampu diambil bekerja?
"Ini adalah isu moral yang sangat penting," katanya.

