Anggota keluarga Ramkarpal Singh menegur para wartawan dalam satu sidang media hari ini kerana didakwa menyindir calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor itu sebagai seorang gay.

Anggota keluarga tersebut menyebut, mereka kecil hati apabila seorang wartawan akhbar berhasa Cina semalam bertanya kepada Ramkarpal untuk menjelaskan sama ada peguam itu sememangnya gay.

Abang sulung Ramkarpal, Jagdeep Singh Deo dalam sidang media hari ini berkata mereka terkejut apabila wartawan tersebut bertanya soalan tersebut pada adiknya itu.

Katanya, pilihan raya kecil itu diadakan kurang sebulan selepas kematian bapa mereka, 17 April lalu, yang merupakan penyandang kerusi Bukit Gelugor.

"Namu, para wartawan, yang amat dihormati Karpal, gagal menjalankan tugas mereka secara bertanggungjawan dengan mempertimbangkan fakta mereka dengan sebaiknya, kata Jagdeep yang juga ADUN Dato' Keramat.

"Perasaan malu yang dialami oleh keluarga ini terjadi disebabkan episod malang ini, yang membuktikan mencemarkan nama baik Karpal, yang memandang mulia para wartawan.

"Anggota keluarga berharap, para wartawan lebih berhati-hati ketika cuba mendapatkan keuntungan dari laporan mereka," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ramkarpal, ketua menteri Lim Guan Eng, ADUN Air Itam Wong Hon Wai dan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow.

Ramkarpal ketika diajukan soalan tersebut menafikan bahawa beliau seorang homoseksual, dan berkata beliau kecewa kerana kempen itu boleh mencapai tahap sedemikian.

[Baca berita penuh]