PKR mula memecat anggotanya yang didapati bersalah melanggar peraturan parti ketika kehangatan kempen pemilihan kontroversinya yang menggunakan sistem satu ahli satu undi.

Lembaga disiplin parti itu memutuskan memecat empat anggotanya, dua daripada cabang Selayang dan masing-masing daripada Alor Setar, Hulu Selangor dan Setiawangsa.

Tindakan drastik itu diambil ekoran pelbagai kesalahan, termasuk merampas kotak undi, mengundi bagi pihak orang lain, memburuk-burukkan pemimpin di media dan mengkritik parti secara terbuka walaupun amaran telah dikeluarkan.

Seorang anggota Saifuddin Shafi Muhammad (Hulu Selangor) pula hanya diberi surat tunjuk sebab kerana membocorkan minit mesyuarat biro politik PKR melalui Twitter pada 14 Mei lalu.

Lembaga disiplin yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Tan Kee Kwong ( kanan ) itu juga memutuskan menggantung keahlian dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada 10 lagi anggotanya.

Keputusan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Azmin Ali.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, menurut kenyataan Tan hari ini.

Dipecat

Radin Sharifuddin Mohamad Yasin (Selayang)

Kumara Guru Retnasamy (Alor Setar)

Zulkafli Abdullah (Hulu Selangor)

Ahmad Jufliz Faiza (Setiawangsa)

Digantung dan diberi surat tunjuk sebab

Shanmuganathan Velu (Selayang)

Patmanathan Nadarajan (Selayang)

Norizan Omar (Selayang)

Azman Yaakob (Selayang)

Manugharan Sellandy (Kota Raja)

Telai Amblam Mariappan (Kota Raja)

DK Vicknesvaran Krishnan (Kota Raja)

M Nageswaran Munisamy (Kota Raja)

P Chandrasekaran S Ponniah (Kota Raja)

Syed Ahmad Putra Syed Isa (Kota Raja)