Seorang wakil rakyat BN hari ini menyokong pembentangan usul mengutuk tindakan menceroboh ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, walaupun ia membabitkan pemimpin Pemuda Umno dalam kejadian itu.

Shahedan Ayoob Hussein (BN- Teluk Bahang) adalah antara 10 ADUN

yang menyokong pembentangan usul tergempar itu.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Shahedan berkata beliau mengambil keputusan untuk menyokong usul itu kerana mencetuskan insiden itu dalam Dewan adalah salah.

Beliau berkata tindakan kira-kira 10 orang dalam kejadian itu adalah tidak wajar walaupun kenyataan ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengatakan "Umno celaka" adalah "menyakitkan" hati orang Melayu. [VIDEO]

Menurutnya, BN mahu mengemukakan usul tindakan tatatertib Rayer

tetapi "tidak mempunyai jumlah yang mencukupi".

Walaupun beliau menyokong pembentangan usul itu, Shahedan dan sembilan lagi ADUN BN berkecuali daripada mengundi.

Seramai 25 Pakatan Rakyat mengundi menyokong usul itu yang dibentangkan oleh exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow.

[Baca berita penuh]

Pendemo masuk DUN, cuba panjat meja speaker

Speaker kesal insiden rempuh ke dalam DUN