mk-logo
Berita
Zahid: Peniaga Cina tak kenang budi, betul tak?

Naib Presiden Umno hari ini menyuarakan perasaan kesalnya terhadap masyarakat Cina, terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, memilih DAP dalam pilihan raya apabila sudah berjaya.

“Kalau sekali lagi orang Teluk Intan memilih DAP, saya sedih. Orang Melayu sedih, orang India lagi sedih, Cina tak apalah, dia berniaga macam-macam.

“Tetapi kalau tak ada org Melayu dan orang India tolong, beli barang dia, dia pun tak boleh berniaga. Betul tak ? Orang Melayu dan India tolong peniaga-peniaga Cina, betul tak?

“Dia dah senang, dia pun pilih DAP. Tak kenang budi, betul tak ?” soalnya sambil disambut laungan “betul” oleh hadirin.

Zahid berkata demikian dalam perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat di Kampung Durian Sebatang in Teluk Intan.

Beliau juga menyeru semua pihak, tidak kira Melayu, Cina dan India, memajukan daerah hilir Perak itu dengan memilih calon BN supaya semua kaum tiada masalah.

“Betul saya Melayu, tetapi (tidak kira) Melayu, Cini, India, kita berada dalam keluarga besar, satu Malaysia,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS