Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Terima kritikan, bukan saman media'
Diterbitkan:  Jun 7, 2014 1:57 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong ( kanan ).
 
Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.
 
Katanya, ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri menyaman pihak media atas dakwaan memfitnah.
 
“Perkara ini menetapkan duluan dan memberi mesej yang salah,” kata Leong lagi.
 
 

ADS