Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ASP Zabri, IGP ketuai senarai penerima pingat

Allahyarham ASP Mohd Zabri Abdul Hamid, antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah antara penerima tertinggi mengetuai senarai 1,622 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sabtu.
 
Mohd Zabri, Platun Komander 2, 69 Komando, yang terkorban akibat terpijak jerangkap samar tahun 1975 menerima gelaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) manakala Khalid dianugerahkan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
 
Pingat SP adalah pingat tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan.
 
Penganugerahan tahun ini membabitkan 46 penerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, antaranya Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hasan Lah, Peguam Cara Negara Datuk Seri Idris Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tan Kok Wha.
 
Juga penerima PSM ialah Ahli Lembaga Penasihat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Setiausaha Agung dan Ketua-Ketua Eksekutif Agensi-Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Prof Emeritus Datuk Sri Dr Zakri Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Zaleha Zahari.
 
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Datuk Prof Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin, Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Amar Wilson Baya anak Dandot, Pengarah Urusan Akitek Jururancang (M) Sdn Bhd Datuk Sri Esa Mohamed, Pengasas dan Pengarah Urusan Brunfield International Group Datuk Ir Gan Thian Leong.
 
Penerima PSM lain ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Penasihat Media Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Eksekutif Malton Berhad Datuk Lim Siew Choon, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Bloomberg TV Malaysia Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri (Dr) Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Datuk Seri Mohd Yussof Abdul Latiff.
 
Selain itu, PSM juga dianugerahkan kepada Pengerusi Eksekutif Dialog Group Berhad Dr Ngau Boon Keat, Yang Di-Pertua Majlis Datuk Persekutuan Malaysia Datuk Ooi Han Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Bhd Datuk Wira Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Bhd, Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad Datuk Seri Raja Aman Raja Ahmad, Timbalan Pengerusi Sunway Group Datuk Seri Razman Md Hashim Che Din Md Hashim dan Ketua Persekutuan Pengakap Datuk Seri Paduka Shafie Mohd Salleh.
 
Pengarah Eksekutif See Hoy Chan Holdings (SHCH) Datuk Ir Teo Chiang Hong, Pengerusi Eksekutif Jopami Group Of Companies Datuk Seri Ir Abdahir Abdul Majid, Presiden Management & Science University (MSU) Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pengarah Urusan Liziz Standaco Sdn Bhd Datuk Guok Nguong Peng.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Sdn Bhd Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir, Panglima Tentera Darat Jen. Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, bekas Panglima Tentera Udara Jen (B) Datuk Seri Abdullah Ahmad @ Dollah Amad, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Kudus Alias.
 
Bekas Menteri Besar Johor yang kini menjawat jawatan Pengerusi Sime Darby Bhd Datuk A. Ghani Othman, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman, Penasihat Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Chang Ko Youn, Bekas Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Bekas Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
 
Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohamad Aziz, Bekas Menteri Pelancongan yang kini Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Bekas Tokoh Politik Parti USNO Datuk Rasan @ Jefrin Majanun Jasni.
 
Seramai 55 penerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Ainoon Othman, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Azimah Omar, Ketua Pengarah Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Hasanah Ab Hamid dan Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman Senator Rahmani @ Rohani Abdullah.
 
Penerima anugerah Panglima Setia Diraja (PSD) pula seramai enam orang juga membawa gelaran 'Datuk', antaranya Setiausaha Bahagian Kewangan di Jabatan Perdana Menteri Zolkopli Dahalan, Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob dan Datuk Paduka Maharaja Lela Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi.
 
Seramai 34 orang menerima anugerah Johan Mangku Negara (JMN) pula dan antara penerima ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Azhar Mohamed Isa.
 
Bagi penerima anugerah Johan Setia Diraja (JSD) pula terdiri daripada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Istiadat dan Keraian, Jabatan Protokol Abd Razak Abdul Wahab dan Pegawai Memerintah Tentera Udara Diraja Malaysia Kolonel Mohd Fadzil Mohd Diah.
 
Bagi anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN) seramai 279 telah terpilih dan mereka termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Baharuddin Noor, Pengarah Jabatan Perangkaan Sarawak, Lee Ting Siing dan Timbalan Pengarah Jabatan Peguam Negara, Halijah Othman.
 
Anugerah Kesatria Setia Di Raja (KSD) pula diberi kepada enam orang dan antara penerimanya termasuk Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Kol Ahmad Juniar Abdul Wahab, Pegawai Keselamatan Istana Negara P/DSP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dan Pembantu Juruterbang TUDM Kapten Naz Wardi Birkamsin.
 
Seramai 421 orang juga menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) dan seramai 643 orang lagi penerima anugerah Pingat Pangkuan Negara (PPN).
 
Pemandu dari Unit Pentadbiran, Seksyen Persidangan Antarabangsa dan Pengurusan Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Afzanizam Ismail dan Pembantu Setiausaha Pejabat Bahagian pentadbiran Istana Negara, Mezana Mat Halil adalah antara 34 orang yang menerima anugerah Bentara Setia Diraja (BSD).
 
Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) diberi kepada Supt E1A3/E Cawangan Khas Allahyarham ACP Ibrahim Lebar bersama 10 orang yang lain.
 
Seramai dua orang dipilih sebagai penerima pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) iaitu Supt E6E1 Cawangan Khas Mohd. Zahari Sidik dan PT Risikan/Gerakan 69 Komando, Supt Mancha ak Ata.
 
- Bernama

ADS