Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Ternyata handal, tahniah skuad Tok Gajah
Diterbitkan:  Jun 8, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah dan memuji persembahan skuad bola sepak Pahang yang menjulang Piala FA 2014 selepas menundukkan Felda United FC malam tadi. 
 
"Apa lagi boleh saya katakan tentang pasukan bola sepak negeri kelahiran saya ini. Ternyata handal. Tahniah skuad Tok Gajah!," katanya dalam laman Twitter beliau hari ini, lapor Bernama .
 
Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam.
 
Felda United mendahului pada separuh masa pertama dengan 1-0 sebelum dipintas kemudiannya.
 
Penjaring
 
Pahang: Mohd Faizol Hussein (minit ke-79), Dickson Nwakaeme ('88)
Felda United FC : Edward Junior Wilson ('22)
 
Barisan pemain
 
PAHANG: Md Khairul Azhan Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan (kapten), Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Azidan Sarudin (Mohd Faisol Hussein), Matias Ruben Conti (Zeshan Rehman), Azamuddin Mohd Akil (Mohd Fauzi Rozlan), Dickson Nwakaeme.
 
FELDA UNITED FC: Mohd Farizal Harun, Yarozlav Krushelnitskiy, Hasni Zaidi Jamian, Muhammad Shukor Adan (kapten), Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nashriq Baharom), Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya (Mohd Haris Safwan Mohd Kamal), Mohd Raimi Mohd Noor (Shahrulnizam Mustapa), Indra Putra Mahayuddin, Edward Junior Wilson. 
 
Pengadil: Shamsudin Ibrahim


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS