Ahli majlis: Laporan trafik Kidex belum diterima
Diterbitkan: Jun 8, 2014 11:33 AM | Dikemas kini: Jun 8, 2014 11:35 AM
Tiga ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menolak penegasan Kidex Sdn Bhd bahawa mereka telah menghantar kesemua dokumen berkaitan untuk kelulusan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Bertentangan dengan laporan sebelum ini yang memetik Ketua Pegawai Eksekufit Kidex Mohd Nor Idris, mereka berkata, difahamkan Penilaian Kesan Trafik (TIA) masih belum diserahkan.
“Ia hanya akan diserahkan kepada MBPJ pada penghujung Jun 2014,” kata Lee Suet Sen, Cynthia Gabriel dan Tang Fuie Koh dalam kenyataan bersama semalam.
Justeru, kata mereka, laporan bahawa kesemua laporan berkaitan telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan jelas tidak tepat dan tidak sepenuhnya benar.

