Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Masjid tak perlu besar, tapi berhawa dingin
Diterbitkan:  Jun 8, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Masjid baharu yang dibina di Terengganu tidak perlu terlalu besar, tetapi mesti menyediakan sistem pendingin hawa bagi keselesaan jemaah, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. 
 
Menurutnya transformasi perlu dilakukan terhadap pembinaan masjid kerana menerusi pengalaman sebelum ini, masjid yang telah dibina kebanyakannya terlalu besar dan tidak ekonomik memandangkan semasa solat fardu hanya satu atau dua saf sahaja dipenuhi jemaah.
 
"Bagaimanapun jika hari-hari perayaan yang mempunyai ramai jemaah, masjid itu mestilah boleh dibuka atau diletakkan khemah supaya dapat menampung semua jemaah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan solat hajat dan majlis kesyukuran sempena dilantik sebagai menteri besar ke-14 di Hulu Terengganu malam tadi.
 
Mengenai masjid Pekan Ajil yang dikatakan sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai, Ahmad Razif berkata walaupun kecil, tetapi masjid itu sangat sesuai bagi penduduk sekitarnya. 
 
Bagaimanapun beliau bersetuju agar masjid itu diubah suai sedikit supaya dapat menampung lebih ramai jemaah.
 
- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS