Peguam Indira berang dengan pendirian IGP
Peguam kepada M Indira Ghandi menuntut polis membuat penjelasan berhubung kenyataan bahawa polis akan mencari jalan tengah dalam menyelesaikan isu jagaan anak bagi kes melibatkan pertukaran agama.
A Sivanesan, yang juga ADUN Sungkai berkata pendirian polis itu bertentangan dengan undang-undang.
"Sebaik saja aduan dibuat, tugas polis hanyalah untuk menyiasat dan menyerahakn (kertas siasatan mereka) kepada peguam negara," kataya kepada Malaysiakini .
Terdahulu hari ini, Khalid berkata polis akan meletakkan kanak-kanak terlibat di satu pusat jagaan tanpa menguatkuasa perintah dari mahkamah syariah atau sivil.
Katanya, tindakan itu bagi memberi keadilan kepada kedua-dua ibu bapa.
Tambahnya, ia akan membolehkan kedua-dua ibu bapa melawat anak-anak mereka.
Sivanesan bagaimanapun berpendapat, polis perlu mematuhi perintah mahkamah bagi kes melibatkan jagaan anak.
"Polis bertindak mengikut undang-undang sendiri... Dalam kes (Indira), sudah ada perintah mahkamah tetapi polis tidak bertindak ke atasnya," katanya.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.