Anggota bomba maut dilanggar lori
Diterbitkan: Jun 22, 2014 8:49 AM | Dikemas kini: Jun 22, 2014 8:54 AM
Seorang anggota bomba maut manakala rakannya cedera parah setelah dilanggar lori tiga tan berisi muatan batu di Batu 29, Pengkalan Raja, Pontian, semalam.
Berdasarkan akaun Twitter rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohammad Taufiq Ali manakala rakannya Suboh Abdullah, dipercayai sedang mengemas peralatan operasi pemadaman api lalang apabila kemalangan itu berlaku.
Kedua-dua mangsa adalah dari Balai Bomba Pekan Nanas.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.