Pemimpin DAP seluruh negara mula tiba bagi menghadiri upacara pengebumian bekas pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek, yang bakal berlangsung di Sibu pada Selasa.

Antara pemimpin yang telah tiba ialah penasihat kebangsaan DAP Lim Kit Siang. Ketua Menteri Pualau Pinang Lim Guan Eng dijangka tiba tidak lama lagi.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adnan Satem juga akan memberi penghormatan terakhir kepada Wong yang pernah menjadi ahli parlimen Sibu, di kediaman keluarganya tengah hari ini.

Wong, 55, meninggal dunia pada Sabtu selepas bertarung dengan penyakit kanser otak.

[Baca berita penuh]