'Laporan mati sesak nafas harus disahkan dulu'
Bekas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak laporan bahawa semua penumpang MH370 telah mati akibat sesak nafas.
Beliau berkata, semua perkara haruslah disahkan oleh panel pakar yang bersama dalam dalam panel jawatankuasa tiga negara dan pusat koordinasi antara agensi (JACC) .
"Saya berfahaman macam ini, kena sahkan dulu. Saya harap Liow pun akan ambil pendekatan ini.
"Sebelum dapat disahkan panel pakar, apa saja perkara perlu dapat pengesahan dan verifikasi dari panel pakar ini," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan tugas kepada menteri pengangkutan baru Datuk Seri Dr Liow Teong Lai di Putrajaya hari ini.
Hishamuddin diminta oleh pemberita untuk mengulas berhubung laporan luar bahawa penumpang MH370 meninggal dunia akibat sesak nafas.

