Jerman, Perancis hempas pulas ke suku akhir
Pemain Algeria memaparkan semangat juang mereka sebelum tewas 2-1 kepada juara tiga kali, Jerman.
Jelasnya, Jerman terpaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan untuk menunjukkan pasukan Algeria.
Pemain gantian, Andre Schuerrle membuka jaringan Jerman pada minit ke-92 dan Mezut Ozil menambah jaring pada minit ke-120 untuk mendahului Algeria dengan kedudukan 2-0.
Namun pemain Algeria tidak putus asa dan ketika wisel penamat hampir ditiupkan, Algeria merapatkan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Abdelmoumene Djabou.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka dan wakil Afrika itu terpaksa akur dan tersingkir dengan bermaruah.
Jerman bakal berdepan Perancis yang menunduk Nigeria 2-0 untuk melangkah ke peringkat suku akhir Sabtu ini.
Perancis mendahului permainan melalui tandukan pemain tengah, Paul Pogba pada minit ke-79 dan Joseph Yobo pula menjaring gol sendiri pada waktu kecederaan.

