Anggota pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyuarakan rasa tidak gembira mereka selepas dikeluarkan daripada taklimat Petronas berhubung operasi pada Isnin lepas.

Taklimat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan menterinya itu diadakan ekoran tuntutan negeri supaya bayaran royalti minyak dinaikkan kepada 20 peratus.

Pembangkang negeri berang tidak dibenarkan menyertai mesyuarat itu lebih-lebih lagi mereka sebelum ini berada di barisan hadapan menuntut kenaikan royalti minyak, yang turut terkandung dalam manifesto mereka sebelum ini.

Ketika sidang DUN Mei lalu, ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen membentangkan usul kenaikan royalti minyak, tetapi ia kemudiannya "dirampas" dan dibentang semula oleh seorang ADUN penyokong kerajaan.

Bagaimanapun, 15 ADUN pembangkang masih memberi sokongan penuh kepada usul itu.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How menyuarakan kekesalan terhadap pengecualian ahli pembangkang daripada taklimat Petronas itu.

"Usul mengenai royalti minyak Sarawak di Sidang DUN itu diluluskan, untuk dinaikkan daripada lima peratus adalah keputusan sebulat suara.

"Keputusan itu pada masa yang sesuai untuk Adenan menunjukkan bahawa dia ketua menteri untuk semua, mampu memimpin, tidak berat sebelah, dalam membincangkan perkara penting ini dengan kerajaan persekutuan dan Petronas,” katanya.

[Baca berita penuh]