Awie berdepan tuduhan cedera isteri
Diterbitkan: Jul 4, 2014 12:00 PM | Dikemas kini: Jul 4, 2014 12:09 PM
Penyanyi Rock, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.
Awie, yang nama sebenarnya Azhar Othman, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Jun di sebuah rumah di Jalan UP 5B, Ukay Bestari, Taman Ukay Perdana, Ampang.
Isterinya, Rozana Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun, mempunyai tiga orang anak dengan Awie.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan ikat jamin RM9,000 dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan seterusnya.

