Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tidak salah bagi seorang Islam menjual makanan lebih awal semasa bulan Ramadan, kata bekas mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, ia tidak salah daripada aspek hukum, terutamanya jika dijual kepada orang bukan islam yang tidak berpuasa.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Asri ( kanan ) berkata, fokus sepatutnya patut dihalakan kepada orang Islam yang makan di tempat awam.

Asri berkata, dalam kes itu, perlu difahami bahawa terdapat juga golongan yang dibenarkan tidak berpuasa iaitu perempuan yang sedang haid, orang sakit, kanak-kanak dan musafir.

Terdapat juga situasi apabila orang yang tidak berpuasa terpaksa membelikan makanan untuk golongan itu, katanya lagi.

Yang penting, tambah Asri, tidak dibenarkan makan di khalayak kerana ia boleh menimbulkan syak wasangka.

Exco Kedah Badrol Hisham Hashim pada 6 Julai dilaporkan berkata, premis makanan negeri itu yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan bakal ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Pengecualian diberikan kepada restoran francais makanan segera dan sebuah restoran di Langkawi atas faktor pelancongan, lapor Bernama .

Menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) pula dilapor mengingatkan perkara sama dan berkata jabatan agama seluruh negara patut memantaunya.

[Baca berita penuh]

ADS