Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Teladani kekalahan Brazil
Diterbitkan:  Jul 9, 2014 2:32 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa sesebuah negara yang tiada kepimpinan berkesan mungkin menerima nasib malang seperti pasukan bola sepak Brazil pada malam tadi.

Beliau merujuk kepada perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada malam tadi yang menyaksikan pasukan tuan rumah Brazil tewas 7-1 di tangan Jerman.

"Apa yang dapat saya simpulkan bahawa, kekurangan kepimpinan atau tiada kepimpinan yang baik menyebabkan kekalahan ini.

"Kalau itu yang berlaku kepada satu pasukan bola sepak, bayangkan kepada satu negara yang tiada kepimpinan berkesan, mampu menjiwai aspirasi pastinya menjadi seperti apa yang berlaku kepada pasukan Brazil," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online hari ini.

Perdana menteri berucap dalam satu majlis bersama anggota jemaah menteri di Putrajaya hari ini.

Ironinya, kepimpinan Najib sendiri dikritik kerana membiarkan isu kontroversi berlarutan.

[Berita penuh menyusul]

ADS