Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO Katakan Tidak Pada Kidex (SNTK) memohon agar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendedahkan dokumen dan laporan berhubung projek kontroversi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dengan segera.

SNTK memohon demikian selepas diberitahu oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia melalui satu surat untuk mendapatkan dokumen terbabit dari pihak berkuasa berkenaan.

Surat berkenaan diserahkan kepada kepada Datuk Bandar MBPJ Datuk Alinah Ahmad ketika kunjungan NGO tersebut ke pejabat pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Ahli Jawatankuasa SNTK Mak Khuin Seng ketika ditemui di bangunan MBPJ hari ini berkata, beliau berharap agar MBPJ dapat memberikan dokumen mengenai lebuh raya Kidex itu kepada mereka dalam masa tujuh hari.

Mak dengan nada kecewa berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof telahpun berjanji dan bersetuju untuk memberikan dokumen tersebut kepada SNTK.

Dokumen itu bagaimanapun diserahkan kepada pihak ketiga iaitu MBPJ, kata Mak.

Menurutnya SNTK tetap menghargai tindakan LLM yang bersetuju untuk memberikan dokumen tersebut kepada mereka, walau melalui pihak ketika.

...Tapi kami ingin nyatakan bahawa penangguhan ini tidak perlu dan kelihatan seperti tafsiran tersendiri ke atas arahan menteri kerja raya,” katanya kepada pemberita.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS