Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peserta sukan bogel bekas pemimpin GERAKAN
Diterbitkan:  Aug 7, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Timbalan Presiden GERAKAN Datuk Dr Cheah Soon Hai mengesahkan bahawa seorang wanita yang terlibat dalam sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang itu merupakan bekas ketua Wanita Kedah.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu tidak lagi menganggotai parti tersebut, dan GERAKAN juga tidak terlibat dengan kegiatan bogel itu, katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Menurut Dr Cheah, wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu pernah belajar di Taiwan.

"Dia tidak membayar yuran keahlian lebih daripada 20 tahun dan dia bukan lagi ahli parti.

"Parti tidak mempunyai kaitan dengan acara bogel itu," katanya seperti dipetik dalam laporan The Star.

Wanita tersebut merupakan antara 15 individu yang dirakam menjalani aktiviti sukaneka dalam keadaan bogel, dalam satu video bertajuk 'Penang Nudist Sports Games 2014' yang tersebar luas di Internet.

Polis setakat ini mengenalpasti tujuh rakyat Malaysia dalam video tersebut.

Rahim berkata, polis telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu, yang rakamannya telah dimuat naik di YouTube.

Bagaimanapun, Rahim enggan mendedahkan butiran mengenai penganjur acara itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS