PAS menunda mesyuarat membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri sesar Selangor kepada 13 Ogos ini.

Sebelum ini jawatankuasa PAS pusat dijadualkan bermesyuarat pada 10 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, lapor portal berita Harakahdaily petang ini.

Laporan itu tidak menyebut mengapa mesyuarat itu ditunda kepada hari Rabu tetapi ia dibuat selepas Khalid dipanggil berdepan dengan Lembaga Displin PKR esok atau lusa.

Mustafa juga berkata masa dan tempat mesyuarat tidak berubah.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat pada 10 pagi di ibu pejabat PAS.