Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gajah mati kaki tersepit celah pokok cempedak
Diterbitkan:  Aug 11, 2014 4:21 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas.

    

Haiwan berkenaan dipercayai cuba memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya.

    

Seorang peneroka Mohd Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun itu.

    

“Melihat pada kesannya, saya percaya semalaman gajah itu cuba melepaskan dirinya namun ia gagal dan mati di situ,” katanya.

    

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Johor Bandar Penawar telah diberitahu mengenai perkara tersebut dan menanam bangkai gajah itu di kebun berkenaan.

    

Difahamkan memang banyak terdapat gajah di tanah rancangan tersebut.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS