Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO bidas McD cuba raih simpati
Diterbitkan:  Aug 13, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membidas McDonald's kerana didakwa memperguna pekerja Melayunya bagi meraih simpati setelah diancam kempen pemulauan ekoran serangan Israel di Gaza.

MTEN berhujah, jika rangkaian makanan segera itu benar-benar mengambil kebajikan pekerjanya, ia harus dibuktikan, memandangkan hanya 6 peratus pendapatannya didakwa diagihkan kepada pekerja.

Ini berlaku, menurut NGO Melayu itu, walaupun secara statistik, jumlah hasil jualan 2014 McDonald's mampu mencecah janaan sejumlah RM1.8 bilion.

“Di manakah pula 94 peratus yang lain disalurkan?” soal Ketua Pegawai Eksekutif MTEN Nizam Mahshar ( kanan ).

Setelah menjadi sasaran kemarahan orang ramai, Pengarah Pengurusan McDonald's Malaysia Stephen Chew merayu supaya kakitangannya berhenti diganggu kerana kemarahan terhadap perang Israel-Hamas tidak boleh disalurkan kepada rakyat tempatan.

Menceritakan amalan kekeluargaan 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia, Chew juga mengeluh bagaimana mereka diganggu, termasuk melalui demonstrasi di restoran, gangguan melalui telefon dan secara fizikal.

Malah, jelas Chew, terhadap juga kes sehingga menyebabkan kakitangannya takut pulang berhari raya kerana bimbang diganggu, dihina secara terbuka dan disisihkan di masjid.

Kesal keganasan pemboikot

Dalam kenyataannya hari ini, Nizam juga kesal terhadap "keganasan" yang dilakukan pemboikot terhadap kakitangan restoran McDonald’s kerana ia seharusnya menjadi protes aman.

“Tidak perlu untuk merosakkan harta benda atau bertindak ganas antara satu sama lain. Bagi MTEM, perilaku negatif sebegini juga perlu diboikot,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa pemboikot tidak menawarkan pekerjaan lebih baik kepada kakitangan McDonald’s atau inisiatif kepada pemilik francais untuk bertukar kepada jenama tempatan.

“Kami percaya ini semua perlu menjadi sebahagian daripada diskusi utama pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang percaya dengan usaha yang berterusan untuk memboikot jenama-jenama multinasional yang didakwa menyalurkan dana kepada Israel,” katanya.

Lihat Komen
ADS