Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual mengadakan sidang akhbar tengah hari untuk mendedahkan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Negeri Pakatan Rakyat di Selangor kini berdepan dengan krisis ekoran keengganan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan.

Sementara itu, Wan Azizah juga dilaporkan berusaha bagi kali kedua untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas istana menolak pemohonan pertamanya sebelum ini.

Menurut laporan The Star, surat kedua itu ditandatangani oleh Wan Azizah sendiri. Surat pertama ditandatangani oleh Ketua Umum PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat itu dilaporkan dihantar ke istana pada hari Selasa dan tidak menyatakan sebab-sebab untuk menghadap baginda, kecuali beliau mahu "memberi penjelasan".

Sebelum ini, Sultan Selangor telah perkenan Khalid kekal memegang jawatan menteri besar Selangor.

[Baca berita penuh]