Istana Negara, wanita dan
Pelacur," tulis sebuah akhbar harian Melayu, merujuk sekumpulan penunjuk perasaan wanita proreformasi di depan Istana Negara pada hari ini, dua tahun lalu.
Pelacur," tulis sebuah akhbar harian Melayu, merujuk sekumpulan penunjuk perasaan wanita proreformasi di depan Istana Negara pada hari ini, dua tahun lalu.
Pada sekeping kertas sebaran untuk mengumumkan protes itu, ia dianjurkan oleh "Wanita Gerak." Gerak barang kali diambil sempena Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia, gabungan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menentang akta zalim ISA, yang dipimpin PAS, selepas tangkapan borong mulai 20 September.
Perhimpunan itu digambarkan oleh pesertanya sendiri seperti berikut: "Saya adalah seorang yang turut sama di dalam perhimpunan wanita di depan Istana Negara. Saya adalah wanita kedua yang mula-mula tiba di depan pintu masuk istana ( foto atas) pada tepat jam 3 petang.
"Gambar saya dan empat wanita lain yang duduk di depan pintu istana sedang dikerumuni oleh pegawai-pegawai polis yang cuba menyuruh kami beredar dari situ disiarkan dalam berita jam 8 malam di NTV7 pada hari yang sama.
"Daripada bahan baju mereka, kacamata, kasut dan jam tangan yang dipakai oleh wanita-wanita itu, daripada bahasa yang mereka tuturkan, daripada cara mereka bercakap-cakap, dan daripada gaya pembawaan mereka serta tingkah-laku mereka, saya tahu (mereka) datang daripada kelas menengah Kuala Lumpur, dan mempunyai kelulusan tinggi," jelas penulis buku tentang pemikiran, Ainon Mohd.
Reformis gadungan
Saya bersemuka dengan penulis ini di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya ketika tokoh "reformis gadungan" (istilah parti orang muda PRD) Indonesia, Pak Amien Rais menyampaikan ucapan kemenangan selepas gerakan reformasi berjaya menggulingkan Pak Harto.
Nota: Khabarnya, dalam satu sidang MPR bulan lalu, pemimpin PAN itu kini memuji "kestabilan ala Pak Mahat(h)ir"! Waduh-waduh, kok gitu gadungan, Pak Amien!
Tulis Ainon lagi, kebanyakan wanita yang berdemo di depan istana, kemudiannya ke seberang jalan di lereng bukit sehingga jam 6, dihantar oleh suami masing-masing.
Penulis itu meminta ketua pengarang Utusan Malaysia dan Menteri Penerangan (waktu itu, Tok Mat) memohon maaf kepada kumpulan demonstran wanita itu kerana tuduhan yang sangat bebal itu.
Menurut laporan media, tulis Ainon lanjut, kumpulan itu kononnya terdiri daripada "pelacur-pelacur yang dibawa dari tempat-tempat lain oleh NGO dengan bayaran RM50 hingga RM60 seorang dengan disuruh berpakaian sopan pada hari itu untuk berlakon sebagai para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim."
Bagaimanapun, kekeliruan laporan itu dinafikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Ali - kenyataan ini diterbitkan di halaman belakang Harakah .
Serangan demonstran
Ketika mereka berkumpul, menyanyi dan menunjukkan poster, pasukan polis dan FRU mengawal ketat kawasan pintu masuk Istana Negara. Dari atas lereng bukit, pasukan polis dan FRU juga tidak ketinggalan mengasak.
Inilah pertama kali, dan barang kali satu-satunya, demonstrasi proreformasi diadakan oleh kumpulan wanita sahaja dalam tempoh dua tahun lalu.
Waktu itu, tiada siapa menduga dengan jelas sikap kaum wanita terhadap krisis politik negara. Memang diakui wanita sukar sekali menerima Anwar, dikelilingi Azizah dan anak-anaknya ( foto , Nurul Nuha) boleh terjerat dalam kancah sodomi.
Perhimpunan di depan istana ini merupakan manifestasi mereka yang berani. Istana ini kemudiannya menjadi sasaran beberapa siri serangan demonstran seterusnya, khususnya pada malam 17 Oktober, dua tahun lalu.
"Untuk pejuang reformasi tulen, saya tabik pada keberanian anda semua," kata Anwar selepas dijatuhkan hukuman penjara sejumlah 15 tahun pada 8 Ogos lalu.
Nota editor : Sesiapa yang berpengalaman menyusun gerakan demonstrasi, terlibat dalam reformasi dan mengalami suka-duka perjuangan dua tahun lalu, silalah kemukakan cerita kepada [#1]fathi@malaysiakini.com[/#] untuk dikongsikan bersama pembaca.
Rencana berkaitan
[#2]Hari ini Anwar gemparkan dunia (29 Sept)[/#]
[#3]Hari ini, dua tahun lalu (20 Sept)[/#]


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.