DAP tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya bagi sidang DUN Selangor yang akan diadakan November depan. 

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap menteri besar yang baru Azmin Ali memandangkan kesemua 15 ADUN Selangor menyokong penuh timbalan presiden PKR itu. 

"DAP hairan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usul tidak percaya terhadap Azmin Ali sebagai menteri besar dalam sidang DUN November depan. 

"DAP tidak menerima sebarang petunjuk bahawa akan ada apa-apa usul atau usul tidak percaya terhadap Azmin Ali kerana 15 Selangor ADUN DAP menyokong penuh Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor. 

"Saya telah bercakap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini untuk menyampaikan komitmen DAP kepada Azmin Ali serta memastikan kestabilan politik yang diperlukan di Selangor bagi memastikan Azmin menjadi menteri besar" katanya dalam satu kenyataan media. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam yang berharap agar majoriti ADUN di Selangor  menyokong Azmin dan mengelakkan undi tidak percaya.

“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru cari menteri besar baru,” katanya. 

[Baca berita penuh]