Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa ucapannya melalui ceramah dalam program jelajah seluruh negara untuk menafikan tuduhan Liwat II berniat jahat.

Beliau menafikan demikian melalui dokumen pembelaannya ke atas saman RM50 juta yang difailkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pengadu dalam kes Liwat II.

Anwar juga mempertahankan pendiriannya bahawa kes berkenaan, seperti didakwa oleh Mohd Saiful tidak berlaku, dan beliau perlu merujuk kepada kes berkenaan demi kepentingan awam.

“Komentari di dalam pernyataan tersebut dibuat di dalam niat baik di bawak keadaan yang mana seseorang yang berfikiran adil dan munasabah akan bertindak.

“Secara khususnya defendan menegaskan bahawa komen tersebut adalah sedemikian yang mana seseorang yang secara munasabahnya berfikiran adil dan bersemangat awam akan buat berdasarkan kepada maklumat yang berada di ruang awam.

“Defendan adalah tidak didorong oleh niat jahat dalam membuat komentari dan fakta yang dinyatakan dalam penyataan tersebut,” kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

Ia merujuk kepada program jelajah Anwar bagi menafikan tuduhan Saiful, yang membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008 berhubung dakwaan liwat itu.

Beliau turut mendakwa bahawa kes berkenaan merupakan konspirasi politik ke atasnya memandangkan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam kenyataan sepanjang 10 halaman yang difailkan melalui firma Daim Gamany, Anwar turut menekankan bahawa Saiful tiada sebab munasabah untuk bertindak ke atasnya, dan saman tersebut juga dianggapnya semberono dan menyalahguna proses mahkamah.

Anwar juga berkata Anwar hanyalah sukarelawan sementara dan pekerja am pejabat dan diminta melakukan kerja-kerja suruhan, dan juga menerima elaun sukarelawan.

Beliau turut menafikan memberi keistimewaan tertentu, manakala tugas Saiful diputuskan oleh ketua kakitangannya, Ibrahim Yaacob.

Saiful dalam dakwaannya semasa perbicaraan dan kenyataan tuntutan menuduh Anwar memberi layanan istimewa kepadanya.

Anwar berkata, laporan polis Anwar berhubung kes tersebut sebaliknya dilakukan dengan niat jahat dan niat tersembunyi untuk mencemarkan reputasi politiknya.

Beliau turut mempertahankan kedudukannya bahawa beliau semasa kejadian pada 26 Jun 2008 sedang menghadiri satu mesyuarat di “I maintain that at the time of the incident on June 26, 2008.

Anwar berkata, beliau tertinggal satu sampul surat di pejabat PKR dan menelefon Ibrahim untuk memberitahu bahawa beliau memerlukan sampul tersebut.

“Ibrahim sibuk pada masa itu, oleh itu beliau mengarahkan plaintif untuk menghantar sampul surat tersebut kepada defendan kerana kebetulan plaintif sahaja yang berada di pejabat pada masa itu,” kata Anwar lagi.

[Baca berita asal]