Badan Peguam gesa PM jangan tunduk pada ekstremis
Badan Peguam Malaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak tunduk kepada ekstremis dan meneruskan program transformasi politik beliau.
Katanya, bertentangan dengan apa yang dikatakan sebagai tujuannya, Akta Hasutan 1948 inilah yang menggalakkan ekstremis dengan menyekat kebebasan bersuara.
Dalam memorandum mendesak pemansuhan akta tersebut, ia berkata terdapat ekstremis dan anasir yang tidak bertanggungjawab dalam masyarakat.
Katanya, mereka menyebarkan maklumat yang salah, menggunakan
intimidasi serta memecah-belah dan mereka mengeksploitasi rasa takut dan rasa tidak selamat.
Mereka juga, katanya, berusaha untuk mewujudkan perpecahan antara rakyat Malaysia dan mempolarisasikan mereka.
"Jangan benarkan mereka berjaya," katanya dalam memorandum tersebut.
Ia meminta Najib supaya meneruskan program transformasi politik beliau, termasuk janjinya untuk memansuhkan akta tersebut.
Oleh itu, tambahnya, Badan Peguam Malaysia mendesak perdana menteri dan kerajaan supaya terus dengan komitmen dan mempromosi pembangunan Malaysia yang adil, saksama, harmoni, bersatu, sederhana dan progresif, dan menolak segala bentuk ketaksuban, pelampu perkauman dan agama, supaya tetap dengan usaha ini dan mematuhi janji asal dan sering diulang-ulang dan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Memorandum itu diserahkan kepada kerajaan oleh delegasi yang
diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong (kanan), semasa protes 'berarak untuk Keamanan dan Kebebasan;.
Ia diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mah Siew Keong bagi pihak Najib. Dokumen tujuh halaman itu boleh dibaca di laman web Majlis Peguam.

