Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebar gambar palsu, penduduk lapor polis
Diterbitkan:  Nov 5, 2014 9:00 AM
Dikemaskini: 1:12 AM

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan gambar palsu tentang pergaduhan kaum di Pangsapuri Sri Perantau di Pelabuhan Klang sejak Ahad lepas dianggap keterlaluan.

    

Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Awang Noh Dollah berkata mana-mana pihak yang terlibat diminta segera menghentikan penyebaran itu.   

Beliau berkata lebih 3,000 penduduk di 12 blok pangsapuri itu belum pernah mengalami sebarang pergaduhan kaum seperti diwar-warkan walaupun 60 peratus daripada penghuni berbangsa Melayu manakala 40 peratus pula masyarakat India.

    

"Kita nafikan berlaku pergaduhan kaum di pangsapuri ini dan kami minta pihak yang menyebarkan itu segera hentikan sebab ia memburukkan nama penduduk di sini sedangkan kita hidup aman damai saja," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Awang Noh, gambar itu hanyalah adegan lakonan sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi yang kebetulan sedang merakamkan filem pendek untuk dimuat naik ke laman sosial.  

    

Sehubungan itu,  katanya, persatuan penduduk pangsapuri tersebut membuat satu laporan polis di Balai Polis Pelabuhan Klang semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS