Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mahu semakan kehakiman yang difailkan Sisters In Islam (SIS) melalui proses sewajarnya dahulu sebelum bersetuju untuk bertemu mereka.

"Tunggulah nanti... kalau-kalau dia (SIS) hendak lawan di mahkamah.

"Jika kita bertemu akan jadi prejudis," katanya ringkas kepada pemberita selepas perasmian Seminar Kanun Jenayah Syariah di Shah Alam pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar satu pertemuan diadakan di antara pihak mufti dan SIS.

Cadangan itu dibuat Azmin sewaktu mengulas semakan kehakiman SIS yang mencabar fatwa negeri Selangor yang memutuskan fahaman dibawa NGO itu sebagai sesat.

Bernama semalam memetik sumber melaporkan yang Tamyes akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk mendapatkan pandangan baginda berkenaan fatwa kontroversi itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS