Khir Toyo tarik balik saman fitnah
Diterbitkan: Nov 13, 2014 11:53 AM | Dikemas kini: Nov 13, 2014 11:59 AM
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menarik balik saman fitnah terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Saman tersebut berhubung dakwaan Ng terhadap Khir berkaitan rumah mewah gaya Bali di Seksyen 7, Shah Alam.
M Athimulan, peguam yang mewakili Khir, memberitahu mahkamah mengenai keputusan bekas menteri besar itu, dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.
Ekoran itu, Pesuruhjaya kehakiman Azimah Omar membatalkan saman tersebut. Beliau tidak buat perintah mengenai kos.
Ng diwakili peguam M Manoharan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.