Lebih dua juta hidap diabetes
Diterbitkan: Nov 15, 2014 10:22 AM | Dikemas kini: Nov 15, 2014 10:29 AM
Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Masyarakat, katanya, perlu memandang serius masalah itu supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos rawatan penyakit diabetes amat tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014 di Kuala Lumpur.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.