Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) merakamkan penghargaannya atas keputusan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman juga mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana menurutnya mendengar suara masyarakat dan NGO Melayu dalam isu itu.

Abdullah Zaik percaya pengumuman itu akan meredakan keterangan antara masyarakat yang didakwanya berpunca daripada pihak yang mencabar kedudukan Islam dan raja-raja Melayu serta menghina kaum itu.

Abdullah Zaik juga berharap pengumuman Najib sekali gus “mendidik” pihak yang melampau supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Najib hari ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, tetapi juga akan diperkuat, walaupun beliau berjanji untuk memansuhkannya sebelum ini.

[Baca berita asal]