Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Tan Sri M Kayveas menyatakan sokongan tak berbelah bagi ke atas langkah perdana menteri untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Katanya, sokongan itu hanya bersandarkan keyakinan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN pasti akan bertindak dengan betul.

"Hanya ada dua peraturan dalam permainan ini: Ketua sentiasa betul. Jika ketua salah, kita rujuk kembali (hukum) nombor 1 (ketua sentiasa betul)," katanya.

Dalam ucapannya di konvensyen PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, Kayveas berkata tindakan Najib itu “berpandangan jauh” demi mengekalkan "keamanan dan perpaduan".

"PPP tidak akan jadi seperti sesetengah tukang nujum yang sokong separuh hati. Sebaliknya PPP akan memberikan sokongan penuh.

“Undang-undang kita ada asas kukuh dari British dan berjaya bertahan walaupun dengan perubahan masa. Masalahnya bukan undang-undang itu tetapi keadilan dalam mentafsirkannya,” katanya di majlis yang disertai Najib itu.

Beliau turut berkata rakyat Malaysia sepatutnya menjadi rakyat paling "aman" di dunia kerana negara ini selamat dari bencana alam.

[Baca berita penuh]