Judi online, 3,291 ditahan di S'gor
Diterbitkan: Dec 4, 2014 8:20 AM | Dikemas kini: Dec 4, 2014 10:31 PM
Polis menahan seramai 3,291 orang yang terbabit mengendalikan perjudian haram online di Selangor dan merampas 75,811 unit komputer dianggar bernilai RM63 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Disember tahun ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya juga telah membuat sebanyak 3,863 serbuan sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata mereka yang ditahan termasuk pemilik premis dan pemain judi.
"Pihak polis sentiasa memantau dari semasa ke semasa terhadap kegiatan judi haram yang masih berleluasa dan Fasa kedua masih diteruskan lagi seluruh Selangor.
"Polis juga telah mengenalpasti beberapa lokasi yang menjadi 'hotspot' kegiatan terbabit," katanya kepada pemberita ketika menyaksikan kerja-kerja pelupusan barang kes komputer, perjudian di Balai Polis Ara Damansara, dekat Petaling Jaya semalam.
-
Bernama

