Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pengekalan dan pengukuhan Akta Hasutan 1948 tidak bermaksud untuk untuk melindungi sesuatu komuniti atau agama sebaliknya keseluruhan rakyat Malaysia.
“Hak dan keistimewaan Melayu dan bumiputera dijaga serta termaktub dalam kontrak sosial, manakala hak untuk orang bukan Melayu juga dilindungi tanpa persoalan,” Gani dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengekalan Akta Hasutan untuk melindungi hak serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Bagi pandangan saya, apa yang dimaksudkan perdana menteri dalam perkara itu (Akta Hasutan) adalah untuk melindungi semua hak rakyat negara ini di bawah perlembagaan persekutuan,” Gani dilapor sebagai berkata.
