Polis PP kesal laporan pembunuhan Myanmar
Polis Pulau Pinang menyatakan kekesalannya terhadap laporan Malaysiakini yang mengkritik pihak berkuasa itu lambat bertindak dalam isu pembunuhan warga Myanmar, yang berlaku sejak Januari.
Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi dalam sidang media hari ini berkata, tangkapan telah pun dibuat dalam kes itu.
Abdul Rahim cuba mententeramkan warga Pulau Pinang yang bimbang terhadap kes pembunuhan ngeri itu, yang menyaksikan mayat warga negara itu dikerat dan ditemui di beberapa lokasi berbeza.
Malaysiakini semalam melaporkan , aktivis antarabangsa Myanmar meluahkan rasa terkejut selepas polis Pulau Pinang didakwa tidak bertindak segera terhadap pembunuhan warganegara negara itu.
Penyelaras Altsean-Burma Debbie Stothard mempersoal sama ada pasukan itu menjadi “tidak cekap” dan “lambat bertindak” kerana kes itu melibatkan pendatang dan pemohon suaka.
Sebahagian anggota badan ditemui di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di bahagian Pulau, termasuk kepala yang di kawasan depan balai polis Machang Bubok.
Polis menafikan kes pembunuhan itu berkaitan konflik agama di Myanmar yang dikaitkan dengan motif dendam.

