Radio didenda RM10,000 siar wawancara 'Allah'
Diterbitkan: Dec 16, 2014 12:10 PM | Dikemas kini: Dec 16, 2014 12:13 PM
BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengudarakan wawancara berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Stesen radio perniagaan itu menyiarkan wawancara dengan sarjana Islam Reza Aslan yang kritikal terhadap pendirian kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
Wawancara itu dijalankan pada 21 Oktober 2013.
Aslan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu bahawa perkataan Allah eksklusif untuk umat Islam.
Wartawan penyiaran BFM Sharaad Kuttan berkata mereka dihukum kerana “memperkaya budaya awam”.

