Pistol mainan milik anak ahli Umno
Pistol mainan yang ditemui sewaktu persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor Sabtu lalu, adalah milik anak seorang ahli jawatankuasa cawangan bahagian berkenaan.
Pistol mainan yang ditemui sewaktu persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor Sabtu lalu, adalah milik anak seorang ahli jawatankuasa cawangan bahagian berkenaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohamed Fauzi Saari berkata pistol berkenaan dibawa oleh anak lelaki Mohamed Mokhsien Yasimin, 54, dari cawangan Simpang 3 Jeram, semasa mengikutnya membuat persiapan jamuan persidangan itu pada jam 3 hingga 5 petang hari sebelumnya.
"Tiada unsur sabotaj dan kes ini dianggap sudah selesai," katanya kepada pemberita selepas lawatan Pengarah Pengurusan Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Kamaruddin Ali di Klang semalam.
Beliau berkata pistol mainan itu tercicir di bawah kain lilit meja utama yang diduduki Ketua Wanita Umno Bahagian Datin Mesrah Selamat dan ditemui oleh setiausaha Wanita bahagian Norlelawati Abu Bakar selepas tersepak pistol mainan berkenaan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati budak lelaki berusia 11 tahun itu membeli pistol mainan berjenama Tebios berkenaan dengan harga RM5 di Jeram dan pistol mainan yang sama turut dijual di Sungai Besar.
Gempar
Mesrah membuat laporan polis terhadap penemuan pistol mainan itu selepas perasmian persidangan kira-kira jam 11 pagi.
Sebelum ini, penemuian pistol mainan tersebut telah menggemparkan persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian Kuala Selangor Sabtu lalu.
Pistol mainan itu ditemui selepas persidangan tersebut berhenti rehat seketika untuk jamuan ringan.
Berikutan kejadian itu, persidangan tersebut yang diadakan di Dewan Tertutup Kuala Selangor, tertangguh kira-kira dua jam.
Anggota polis yang kebetulan bertugas di tempat itu dan memeriksa pistol itu dan mengesahkan ia adalah pistol mainan.'


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.