Pakar: S'gor tiada kuasa batal larangan isu 'Allah'
Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata larangan ke atas penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam tidak akan terbatal walaupun jika kerajaan negeri memansuhkan seksyen berkaitan dalam enakmen tersebut.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaa, Datuk Seri Mohamad yang mencabar kerajaan Selangor untuk membuktikan layanan adil kepada semua rakyatnya.
Abdul Aziz berkata, cadangan Nazri itu tidak relevan kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes melibatkan akhbar mingguan Katolik, The Herald.
“Walau benar atau salahnya undang-undang dalam penggunaan kalimah Allah, ia diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah 'Allah'.
“Undang-undang negara ini, juga yang tertinggi, yakni perlembagaan ditafirkan demikian oleh mahkamah,” kata Abdul Aziz.
Jelasnya, kerajaan perlu meminda perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga parlimen sekiranya ingin membatalkan pengharaman tersebut.
Satu lagi cara ialah melalui arahan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pengharaman tersebut melalui satu warta, katanya.
Jelasnya, langkah itu mengikut Perkara 130 yang menyebut bahawa Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perndapatkan pandangan mengenai peruntukan perlembagaan atau mahkamah boleh memberi pendatan sebagai rujukan.
Abdul Aziz menegaskan bahawa cabang aksekutif tiada kuasa untuk mentafsirkan undang-undang, mengikut doktrin pemisahan kuasa.
“Maka Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali tiada kuasa untuk meminda undang-undang.
“Malah sultan atau Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya,” katanya.

