Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UM tolak rayuan tangguh hukuman aktivis 'UM8'
Diterbitkan:  Jan 1, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Aktivis mahasiswa Safwan Shamsuddin yang ditolak rayuan penangguhan penggantungan pengajiannya, memutuskan untuk mengisi masa lapangnya dengan membantu mangsa banjir.

“Mungkin ada hikmah selepas naib canselor umumkan hari ini yang saya tidak boleh menduduki peperiksaan bagi semester ini.

“Dengan ini saya akan bersama geng Misi Banjir Mahasiswa (MBM) untuk terus bersama mereka berkhidmat untuk mangsa banjir,” tulisnya di Facebook malam tadi.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menolak rayuan Safwan untuk menangguhkan hukuman gantung semester terhadapnya kerana menganjurkan program Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Facebook “Occupy UM”, yang mendukung Safwan dan rakan-rakannya, menyatakan perkara itu di laman sosial mereka semalam.

“Surat permohonan penangguhan hukuman saudara Safwan Shamsuddin, aktivis UM8 yang digantung pengajian serta merta, telah ditolak permohonannya oleh naib canselor UM hari ini (semalam),” menurut tulisan itu.

Safwan yang juga pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa UM digantung pengajian selama satu semester sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS