BERITA Malaysiakini

PKR: Kenapa Zahid bantu raja judi?

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid

Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”

"Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?,” soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.

Bagaimanapun, satu surat ditandatangani Ahmad Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa Phua bukan seorang anggota dan tidak mempunyai kaitan dengan 14k Triad.

"Tambahan pula, menurut rekod kami, Encik Phua banyak kali membantu erajaan Malaysia dalam projek yang menjejaskan keselamatan negara dan seterusnya, kami terus meminta beliau membantu kami dan masa ke semasa, maka kami ingin beliau kembali ke Malaysia,” surat itu dipetik.

Fahmi berkata beliau terkejut kerana Menteri Dalam Negeri sanggup mengaku bahawa Phua yang sebelum ini ditahan di Macau dan diusir kerana kegiatan perjudian membantu Malaysia dalam “projek” melibatkan keselamatan negara.

"Apa yang dimaksudkan oleh Zahid apabila beliau berkata 'projek melibatkan keselamatan negara'? Kenapa (Phua) terlibat?,” soalnya.

[Baca berita penuh]